Asalamualaikum. Selamat datang ke page PMFSTM. Kongsikan input bermanfaat bersama. Sila tinggalkan link anda melalui comment pada post dibawah. شکرا جزيلا -PMFSTM '12

3.1.13


4.10.11

Sekadar berkongsi. Yang baik amalkan, yang buruk tinggalkan. :)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

19.9.11

Letak malu pada pandangan...
Letak malu pada percakapan...
Letak malu pada pendengaran..
Letak malu pada perbuatan...

Barulah dikatakan MALU sebahagian drpd Iman....

16.9.11

Happy Eid & All the Best to all SIIUC students.

.Selamat Hari Raya.
.Maaf Zahir dan Batin dari kami.
.Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir.
.Semoga Berjaya.

.Happy Eid Fitr.

.Do your best in final examination.
.Good Luck.

26.8.11

ADAB MENDENGAR AZAN

بسم الله الرحمـن الرحيم

Menulis mengenai azan atau laungan menunaikan ibadah solat, ramai diantara pelajar mahupun yang di luar sana yang masih tidak mengamalkan adab ketika mendengar azan. Malahan, boleh bergelak ketawa ketika azan yang mulia dikumandangkan. Mungkin sahaja mereka masih belum mempelajari apakah adab-adab ketika mendengar azan dan mengapa kita sebagai Muslimin Muslimah wajib mengagungkan dan menghormati azan.


Diriwayatkan di dalam sebuah hadis bermaksud,

"Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan bahawa kita disarankan agar mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang sehingga selesai. Sebagai orang beragama Islam, kita wajib Menghormati azan kerana banyak fadhilatnya.

Kita diajar sejak sekolah supaya dan boleh menghormati lagu kebangsaan Negaraku, mengapa tidak menghormati azan yang lebih mulia ini. Bukanlah susah untuk berdiam diri ketika azan. Masa yang diberi Allah sangat cukup untuk kita menyambung percakapan. Maka, letakkan satu titik perubahan dalam diri untuk sentiasa menghormati azan dan mengamalkan amalan menjawab azan.

Mengingati saatnya sakaratul maut atau saat nyawa berpisah dari tubuh ketika mengalami nazak, semasa ajal hampir tiba maka sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika nyawanya akan dicabut, Allah dengan izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Jika kita tidak menghormati azan, apakah yang bakal terjadi.

Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami..
Amin... amin.. amin Ya rabbal a'lamin. .

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

16.8.11

Wacana Penghayatan Ramadhan II


Semua Pelajar Fakulti FSTM diwajibkan hadir.
Maklumat kehadiran akan diambil. 
Sama2 lah kita mengambil input bermanfaat melalui wacana ini.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
 

(C) PMFSTM. All rights reserved 2012 PMFSTM Thank you.