بسم الله الرحمـن الرحيم
Menulis mengenai azan atau laungan menunaikan ibadah solat, ramai diantara pelajar mahupun yang di luar sana yang masih tidak mengamalkan adab ketika mendengar azan. Malahan, boleh bergelak ketawa ketika azan yang mulia dikumandangkan. Mungkin sahaja mereka masih belum mempelajari apakah adab-adab ketika mendengar azan dan mengapa kita sebagai Muslimin Muslimah wajib mengagungkan dan menghormati azan.
"Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan bahawa kita disarankan agar mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang sehingga selesai. Sebagai orang beragama Islam, kita wajib Menghormati azan kerana banyak fadhilatnya.
Kita diajar sejak sekolah supaya dan boleh menghormati lagu kebangsaan Negaraku, mengapa tidak menghormati azan yang lebih mulia ini. Bukanlah susah untuk berdiam diri ketika azan. Masa yang diberi Allah sangat cukup untuk kita menyambung percakapan. Maka, letakkan satu titik perubahan dalam diri untuk sentiasa menghormati azan dan mengamalkan amalan menjawab azan.
Mengingati saatnya sakaratul maut atau saat nyawa berpisah dari tubuh ketika mengalami nazak, semasa ajal hampir tiba maka sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika nyawanya akan dicabut, Allah dengan izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Jika kita tidak menghormati azan, apakah yang bakal terjadi.
Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami..
Amin... amin.. amin Ya rabbal a'lamin. .
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
0 Amazing Commenter:
Post a Comment